Ramai suka bercuti. Aku pun tak terkecuali. Malah, boleh aku katakan, ianya sudah menjadi satu hobi buat ramai rakyat Malaysia.

Namun tahu je lah. Bila nak bergerak dengan anak-anak ni, banyak lah sikit kos yang akan keluar. Mana taknya, kurang-kurang nak hotel yang ada kolam dan playground. Harganya mestilah tak murah kan? Paling komang pun RM200 lebur gitu saja.

Namun, sekarang aku dah jumpa satu solusi yang boleh bantu semarakkan semula hobi bercuti kita.

Meh sini rapat sikit. Aku nak cerita satu rahsia ni.

Tahu tak baru-baru ni aku dapat stay apartment bertaraf 4 bintang dengan PERCUMA. Bilik dia ada 3, boleh muat 8 orang tidur tau? Bukan takat tu, siap ada kolam besar, playground dan gym lagi.

Anak-anak suka sangat..

Sebenarnya aku ni memang suka explore aplikasi untuk booking hotel. Dari Agoda.com, booking.com, hotels.com, traveloka semua aku dah cuba. Cuma yang terbaru ni aku jatuh cinta dengan AirBnB.

Dengan AirBnB ni, aku dapat kumpul banyak coupon. Waktu sign up tu pun kita dah dapat coupon Rm182.

Sebelum aku meleret lebih jauh, eloklah aku terangkan dulu

Step by Step Nak Dapat Coupon Peruma dari AirBnB:

Langkah 1:

Klik gambar di bawah untuk register.

Korang jangan Register sendiri-sendiri tanpa link referral tau. Sebabnya nanti akan terlepas coupon Rm182 ni. Rugiii…

Langkah 2:

Selepas itu, korang akan di bawa ke paparan seperti di atas. Terus klik button merah yang bertulis “Sign up with Email”.

Langkah 3:

Isi semua detail yang di minta seperti gambar di atas.

Langkah 4:

Upload profile photo.

Kalau nak skip dulu pun takpe. Boleh klik “I’ll do this later”.

Langkah 5:

Semak inbox email korang. Akan sampai email pengesahan akaun. (Rujuk gambar di bawah)

Langkah 6:

Klik button “Confirm Email” yang berwarna merah.

Tadaaa! Sekarang korang dah dapat Coupon Rm182.

Sekarang meh aku terangkan pula apa syarat nak redeem coupon ni.

1- Jika korang baca kat gambar atas ni, dia ada tulis diskaun Rm134 untuk harga penginapan berjumlah RM296 dan ke atas.

2- Kedua, diskaun Rm48 jika korang langgan/beli apa sahaja pengalaman bernilai Rm194 di Airbnb.

3- RM134 + RM48 = RM182 (total coupon yang korang dapat)

Aku explain satu-satu ya.

  • Di Airbnb ada 2 jenis servis. Pertamanya servis penginapan, dan kedua adalah servis pengalaman.
  • Servis penginapan semua orang faham ya, tak perlu aku jelaskan panjang lebar.
  • Cuma untuk servis pengalaman, korang boleh refer gambar di bawah untuk contoh jelas.

Aku tak berhajat nak terangkan lebih untuk Servis “Experience” dari AirBnB. Sebab aku tak pernah cuba lagi.

Berikut ada beberapa soalan yang sering di tanya (FAQ) oleh pembaca:

1- Kenapa coupon tak sama. Kawan aku dapat Rm182, aku dapat Rm184.

Jawapan: Kerana coupon diberi AirBnb mengikut rate Usd. Ia akan berubah mengikut matawang semasa.

2- Tuan cakap Rm296 minimum harga penginapan baru dapat Redeem coupon kan? Rm296 tu termasuk cleaning fee dan service tax tak?

Jawapan: Cleaning Fee dikira sekali tapi service tax tidak. Yang ini tricky sikit. Aku sertakan contoh di gambar bawah untuk mudah Faham.

Sumber gambar group Telegram Kaki Hotel

3- Kalau gitu memang tak dapat ah tidur percuma?

Jawapan: Eh tak! Untuk coupon permulaan (RM182) je korang ada had minima penginapan iaitu RM296. Yang lepas-lepas tu takde minimum harga dah.

Percayalah. Jika korang rajin share link referral korang, sesenang je dapat duduk percuma. Contoh macam yang aku dapat kat bawah ni.

Coupon akan potong semua termasuklah service fee.

Baik. Takat tu dulu penerangan aku mengenai Coupon AirBnB. Aku harap semua jelas dan dah boleh mula rancang cuti dengan baik. OH, boleh join juga komuniti Kaki Hotel aku di Telegram.

Kalau ada tak faham, boleh drop soalan di komen bawah ya.

Baii..

Leave a Reply

Your email address will not be published.