Sebenarnya ini merupakan Baby Carrier kedua aku untuk anak-anak. Yang pertama itu hari, alaa macam leceh sikit la. Nak bagi anak duduk betul tu, nak kena ejas banyak benda.

Payah sangat, jadi aku majuk lah. Lepas dari tu, aku dukung je lah anak aku kulu kilir. Tu yang sado tanpa sengaja.

Dipendekkan cerita, baru-baru ni aku orderlah yang baru. Pasal anak yang nombor dua ni lain macam sikit jisim dia. Dengan harapan, yang baru ni lebih mudahlah nak pakai.

Kali ini aku menaruh harapan pada Tugeda Carrier. Pasal aku cair tengok design dia. Lawa-lawa wei. Rambang jugalah mata waktu nak memilih tu. Baca pula feedback orang ramai, terus aku jadi bertambah konfiden.

Jadi, dipendekkan cerita, semalam sampai lah dia ni. Aku tak tunggu lama, terus angkat hero dan bubuh dalam tu. Eh betul lah, kain dia sedap kemain. Material dia helok sangat, tebal dan kemas. Nak pakai pun mudah. Buat sorang diri pun boleh ni.

Yang paling aku kagumnya, anak jantan aku ni haa.. Dia ni terkenal dengan kepantasannya melarikan diri. Taknak dia duduk diam gitu melainkan dia tidur. Sekali masuk dalam carrier ni, eh, boleh pula dia duduk diam je. Selesa sangat gamaknya. haha

Kalau ini kali pertama korang nak pakai carrier ni, jangan risaulah. Tugeda ni ada team dia untuk entertain customer. Sampai sahaja carrier ni di rumah korang, tanya lah segala benda pada team mereka. Aku berani katakan, mereka ini sangatlah sabar melayan karenah customer.

Hat ni yang buat aku respek. After sales service yang tiptop, siap dengan kiriman video tutorial lagi.

Kalau korang bertuah, dapatlah layanan direct dari owner dia sendiri, Mohd Khairul Othman. Hehe

Aku suka. Dan aku syorkan buat kawan-kawan semua. Hat ni pasti anak-anak suka.

Dari FB Hilmi Jailani

Leave a Reply

Your email address will not be published.