Satu benda yang berbeza di AirBnB.

Owner rumah(host) boleh tinggalkan review tentang tetamu. Ini tiada di platform yang lain. Menarik bukan? Contohnya seperti di bawah ni. Host ini tinggalkan review mengenai kami yang baru saja check out dari rumah beliau.



Selama ini kita tidur di hotel atau homestay biasa, mana ada komen dari owner pun. Kan?

Jadi apa pentingnya review dari host ni?

Konsepnya mudah, rumah yang kita duduki itu kebanyakannya milik individu. Mereka deko, jaga dan sayang seperti rumah sendiri. Dan mereka harapkan, kita akan layan rumah ini secemerlang mungkin.

Ini kerana, sesetengah unit ada diletakkan peralatan yang berharga. Jadi, sebelum mereka benarkan kita stay, host akan teliti dulu rating kita dari host sebelum-sebelum ini.

Jika sebelum ni kau pernah rosakkan apa-apa barang, atau sepahkan rumah, memang rating akan tertulis rendah. Jatuh kepada not recommended. (Nauzubillah)

Bagi aku, mudah sahaja. Begitu keadaan aku masuk, begitulah jua aku keluar.

Jika bawa anak-anak, aku akan masuk dulu, anak-anak lepak luar jap dengan ibunya. Supaya senang aku nak selamatkan sebelum apa-apa yang tak best berlaku. Benda yang “fragile”, cepat-cepat aku simpan bubuh tempat tinggi. Risau pecah nanti, kasihan tuan rumah. Begitu juga dengan sampah sarap. Sekurangnya kita ikat dan himpun satu tempat sebelum kita keluar.

Dan jangan lupa tau. Kita juga ada hak sebagai tetamu. Tinggalkan komen dan recommendation pada unit yang sudah kita duduki. Kalau best cerita apa yang best. Kalau tak best, tolonglah tulis dengan penuh sopan. Kasihan owner tu wei.

Komen-komen ini nampak simple. Tapi, sebenarnya ini sumbangan yang sangat besar untuk komuniti kita. Ye lah, kita nak memilih sesuatu unit untuk bercuti, pastinya kita lihat rating yang paling tinggi.

Ya, aku suka akan keadaan harmoni ini. Nak dapat layanan yang baik, kita juga kena memberi yang terbaik. Harapan aku, semoga lebih banyak rumah menarik akan timbul pada masa akan datang.

Bolehlah kita yang marhaen merasa sekali sekala unit mewah dan cantik ni.

Dari Fb Hilmi Jailani

Leave a Reply

Your email address will not be published.