Awal Disember itu hari, mak aku ada appointment di KPJ Ampang Puteri. Kebetulan pula waktu tu aku berada di KL. Lalu, aku ajak mak datang awal sehari. Supaya tidak lah rushing nak gerak dari Ganu nanti.

Sebenarnya, sajalah aku nak curi masa mak kejap. Bagi dia ceria-ceria dan gembira. Kata doktor, mak tak boleh stress-stress. Kalau boleh, bagi dia happy sokmo.

Jadi, aku pun apa lagi. Godek-godeklah cari apartment di AirBnB. Kali ini agak mencabar. Kerana mak dah pesan awal-awal.

  1. Taknak yang ada tangga tinggi
  2. Bilik air boleh muat wheel chair dia
  3. Parking kalau boleh tak jauh dari lif

Lalu, jumpalah aku dengan sebuah unit yang agak comel ni. Lokasinya di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Suasananya pula aku kira indah dan seronok untuk berehat-rehat.

Nama Apartment ini – The Robertson. Kawasan depan dia tidaklah terlalu crowded dengan jalan utama. Boleh terlihat ramai foreigner tenang menunggu van pemandu pelancong di hadapan bangunan ini.

Satu benda yang paling aku titikberatkan bila bawa orang tua berjalan adalah,

“Cari tempat penginapan yang dekat dengan kedai 24 jam.”

Ini penting kerana senang untuk kita dapatkan bekalan makanan, minuman dan bantuan jika perlu. Dan The Robertson ini memenuhi kriteria yang aku mahukan.

Di depan Apartment ini adanya 7 Eleven dan juga kedai mamak. Ini banyak membantu menghidupkan suasana gelap malam di kawasan ini.

Jom kita tinjau pula ke ruang dalaman rumah.

Oh sebelum tu. Rumah yang aku sewa ini, aku sudah sedia maklum agak kecil berbanding sebelum ini.

Namun, bila mula melangkah masuk ke unit ini, ternyata jangkaan aku meleset. Aku salute pada owner nya yang sangat kreatif dalam menyusun atur barangan dalam rumah.

Dalam pada sempit inilah, dia boleh letak sudut office yang kecil. Setentang dengan meja office adanya meja makan siap dengan kerusi baby.

Ini pula di bahagian dapur. Ianya lengkap dengan alatan memasak ringkas dan paling menarik perhatian aku adalah Penapis Air tu. Sebabnya, dah banyak rumah aku pergi, jarang sangat yang sediakan kemudahan ini. Terbaik!

Peti sejuk dia bukan main besar lagi tau. Di belakang pintu tu ada mesin basuh dan ampaian mini. Sesuai untuk korang yang nak stay lama.

Ini pula adalah ruang tamunya.

Nampak tak katil queen tu? Betul-betul bersentuhan dengan rak tv. Walau sempit, entah, aku rasa ini spot idaman aku. Berbaring atas katil di depan tv sepanjang hari. Oh, nikmatnyaa…

Jap, mungkin ada yang risau akan privacy. Yelah, ruang tamu tapi ada katil untuk tidur. Jangan risau.

Kalau korang perasan, kat tengah tu ada langsir warna coklat. Nanti nak tidur boleh tarik sahaja langsir tu tutup ruang katil tersebut. Terus rasa duduk dalam dunia baru. hehe

Tambahan: Internet high speed diberi percuma. Layanlah netflix atau youtube di smart tv sampai lebam.

Betul-betul sebelah katil ni ada sebuah sofa bed. Muat untuk 2 orang berbaring. Bantal dia punyalah banyak, berapa belas aku tak tahulah. Itu belum cerita toto dan bantal standby di dalam almari lagi. Pemurah sangat ni.

Okay, sekarang kita beralih pula pada menu utama kita, iaitu Bilik Tidur.

Dalam ni ada 1 katil queen dan 1 katil single. View dia ya Allah. Tak sabar rasanya nak bangun pagi. Buka langsir terus mata dijamu pemandangan yang sangat memukau. Bilik ini aku kasi pada mak ayah dan adik bongsu aku duduk. Biar dia orang berbahagia di sini.

Okay selesai bab dalaman rumah. Sekarang kita enjoy pula apa facilities yang ada dalam apartment ini.

Kolam bersaiz olimpik katanya. Aku tak tahu lah, sukma pun tak pernah masuk.

Playground untuk anak-anak mencipta memori.

Letak puan isteri dalam buai ni dan hayun laju-laju. Baru dia tahu “tangan yang menghayun buaian, boleh menggoncang dunia.” Kahkah

Catur gergasi. Ini selesai checkmate, kau pun kurus aku rasa.

Gym yang lengkap. Ada beberapa alatan dia yang payah nak jumpa di gym biasa.

Taman ini letaknya di belakang blok apartment. Tak ramai orang. Bolehlah bawa famili bersantai di sini.

Cerita dah panjang, sekarang bagitahu berapa harga ni?

Nah, ini dia resitnya. Harga asalnya adalah Rm139.00 satu malam. Tambah Cleaning Fee Rm50, dan Service Fee Rm24.38 jumlahnya menjadi Rm213.38.

Tapi, yang paling bestnya, aku cuma keluarkan Rm50.80 sahaja untuk satu malam. Sebabnya aku rajin kumpul kupon dari AirBnB.

Seronok kan? Dapat enjoy facilities super best gini tapi bayar Rm50 je. Huih, siapa taknak.

Kalau korang NAK DAPAT COUPON JUGA, boleh klik gambar di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.