Baru-baru ini aku bermalam di Kanvas SOHO, Cyberjaya. Plan asal satu malam je. Sudahnya jadi 2 malam. Itu tandanya tempat ini memang kena dengan jiwa kami.

Meh aku bagi review padat untuk korang.

Kenapa Cyberjaya?

Aku suka dia sebabnya tidak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur. Tetapi suasananya jauh lebih tenang. Tiada jem, boleh lihat anak-anak berbasikal lenang di pesisir jalan utama. Burung berkicauan, angin mendayu-dayu.

Seronok.

Di bawah apartment ini adanya A&W, mini market 20jam, dan Burger King pula hanya beberapa tapak di seberang jalan. Aku kira ini elemen yang buat kawasan ini tidak kusam dan kekal bergaya.

Parking di premis ini juga senang dan ianya percuma.

Melangkah masuk ke apartment, rasa hilang segala penat satu hari memandu. Apa tidaknya. Dengan luas 485kaki persegi, kami dihidangkan dengan bilik yang sangat selesa.

Bingkai tingkap yang luas, terlihat pemandangan lawa sungguh. Tv besar namati, dengan akses Netflix dan Playstation 3.

Dalam bilik, ada katil queen yang bantalnya meriah betul. Diberi pula 2 tilam tambahan untuk yang memerlukan. Oh ya! Korang boleh request nak tilam jenis Queen atau Twin Single.

Twin Single
Queen

Internet pula laju namampus. Tak cukup dengan Netflix, tuan rumah bagi pula Playstation 3 untuk anak-anak berhibur.

Alatan memasak seperti kuali, rice cooker, senduk, sudu garfu, pinggan mangkuk dan alatan memasak, semuanya ada di dapur. Cumanya, tuan rumah hanya benarkan jenis masakan yang ringan sahaja.

Paling penting, aku gagal jumpa sebarang habuk pun pada lantai atau barang dalam rumah. Aku salute pada pemiliknya yang cekap merenovasi ruang kecil ini.

Bercakap perihal fasiliti pula. Di level 2, korang akan punyai akses kepada:

1- Kolam renang yang cukup panjang.
2- Jacuzzi yang menghadap sunset.
3- Gym lengkap.
4- Kawasan BBQ.

Anak-anak pasti suka. Sampai taknak naik weh.

Gym
Kolam Renang
Jacuzzi

Manakala di Level 29 iaitu level paling atas sekali, adalah kawasan paling nyaman pada bangunan ini. Di sini adanya playground ringkas untuk anak-anak bermain. Juga ada skydeck yang sangat lawa untuk bergambar.

Kalau dilihat pada fasiliti yang ada ni, mesti mahal kan?

Aku pergi ni waktu tengah bulan, mestinya aku cari yang mampu miliklah. Aku bukan orang kaya pun. Aku booking melalui AirBnb dengan harga cuma Rm105.50 untuk satu malam.

Murah kan?

Kebetulan pula, aku punyai kredit Rm161.18 dalam Airbnb. Nah, apa lagi, guna jelah habis.

Jika dikira, aku hanya habiskan Rm116.55 untuk 3 hari 2 malam di sini. Syok!

Pada korang yang nak kredit percuma juga, klik link bawah ni ya. Nanti akan dapat diskaun Rm120 untuk booking pertama korang. 

https://abnb.me/e/PjCnVNFu00

Yang dah ada tu, daftarlah guna email pasangan korang. Takkan tak pandai ngelat kot. 🤭

Selamat Bercuti Gais!

Kredit Fb: Hilmi Jailani


    4 replies to "“ME TIME” di Apartment Mewah Dengan RM116 untuk 2 Malam!"

    • Aima Hassan

      Ye ke PS3 tu. Controller nya lain pula.🤭

      • Lemie7

        Muka suci macam ni takkan tak percaya. 😛

    • Yaya

      Bawa mak abah rehat jap sini ok gak

      • Hilmi

        Sungguh sesuai

Leave a Reply

Your email address will not be published.