Baru-baru ni anak aku duk merengek, lama tak pergi berjalan. Definisi “lama” bagi budak ni adalah 2 bulan. Bukan lama mana pun sebenarnya. Tapi dah abahnya kaki berjalan —mereka pun dah terbiasa.

Aku tengok baki cuti pun ada lagi. Lalu aku bawak lah mereka ke Kuantan. Jarak dari rumah aku hanya 1 jam 50 minit perjalanan. Dah masuk 30 tahun ni, malas pula nak drive jauh.

Pilihan kali ini adalah sebuah hotel yang letaknya bebetul di persisir pantai. Nama dia Swiss Garden Hotel, Kuantan. Cliche kan?

Sabar. Ada beberapa benda menarik aku nak kongsi pasal Swiss Garden yang terletak di Pantai Balok ini.

1- Kolam dia berkonsepkan taman tema kecil.

Di sini mereka sediakan 2 bahagian kolam, satu untuk kanak-kanak dan satu lagi untuk dewasa. Meriah weii.

Dia ada 3 set gelongsong air yang anak-anak beratur tak berhenti, termasuklah aku. Thrill juga wei. Lepas dah penat beratur, kita layan pula pancuran air seperti mesin car wash automatik di bahagian bawah.

2- Pantai persendirian.

Aku terkejut juga sebenarnya. Selama aku hidup di pantai timur ni, bulan 12 memang seram nak mandi laut. Menariknya di kawasan Balok ini, aku dapat lihat berpuluh manusia duk main papan luncur di atas ombak.

Amazing.

Pantai dia rupanya landai sangat. Anak muda selamba berjalan 100meter di tengah laut. Lagaknya tak ubah seperti seorang Aquaman. Aku tak lah nak pergi sana. Duduk melayan anak-anak main istana pasir pun seronok tau.

Di tepi laut ini juga mereka bubuh 2 tiang gol. Bolehlah nak main bola bersama rakan-rakan.

Dan viewnya lawa sangat. Termasuklah dengan minah salleh yang berjemur sakan di atas kerusi malas. Mak-mak tolong pantau ayah-ayah ya. Risau hilang.

3- Indoor Playground untuk anak-anak. Cliche lagi kan?

Takk.. ini part yang paling menarik sebenarnya. Di sini mereka bina ruangan ini dengan sangat eksklusif.

Di dalamnya ada beberapa set congkak, karom, playstation, ipad, dam haji, dam ular, catur, mini cinema dan …. eh banyak lah kalau nak tulis. Senang cerita, korang sambunglah tengok gambar dan video kat bawah ya.

Apapun, aku berani katakan, keseronokan yang disediakan di Swiss Garden ini menjangkaui apa yang ada di hotel 5 bintang yang lain.

Kalau tak percaya, moh lah tonton full video di bawah. Aku rakamkan buat kenangan anak-anak aku akan datang.

Rating ikhlas dari aku:

✅ Bilik 3/5
✅ Breakfast 4/5
✅ Location 5/5
✅ Kolam 5/5
✅ Pantai 5/5
✅ Facilities 5/5

Di bawah ini pula adalah video di ruangan playground anak-anak.

Jika ada masa pergi lah wei. Aku yakin, ianya akan jadi “short escape” paling cemerlang untuk anak-anak korang berhibur.

Terbaik Swiss-Garden Beach Resort Kuantan!

dari FB Hilmi Jailani

Leave a Reply

Your email address will not be published.