Kenapa Simpan Emas?

Di Malaysia terdapat berpuluh malah mungkin beratus jenis instrument simpanan yang ada. Tapi satu benda yang kita kena pastikan, adakah simpanan kita itu akan susut nilai?

Apa itu susut nilai?

Perasan tak? Dulu jika kita shopping di pasaraya, dengan RM50 kita sudah cukup bergaya menolak troli terisi penuh barang-barang. Tapi hari ini, dengan RM50 kita cuma mampu beli pampers, sayur-sayuran dan sekampit beras. Ini bermaksud, nilai note Rm50 pada tahun 2010 tidak sama lagi dengan Rm50 pada tahun 2021.

Itulah dia lumrah Ringgit sebagai satu matawang. Bukan di Malaysia sahaja, malah semua matawang di dunia akan mengalami susut nilainya.

Kelebihan Menyimpan Emas

1. Kalis Inflasi

Dalam banyak buku-buku kewangan tulisan mentor-mentor, emas sering disebut sebagai aset kewangan yang kalis inflasi. Dan dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka masa yang panjang.Saya cuba terangkan dalam analogi yang mudah

Pada tahun 2011, sahabat saya telah membeli 1 ekor kambing dengan nilai 1 Dinar Emas. Pada masa tu nilai seekor kambing adalah sekitar RM650. Hari ini, nilai seekor kambing sudah naik menjadi RM900 seekor. Dan ajaibnya, anda tetap boleh membayar kambing itu dengan 1 Dinar emas yang sama. Kerana nilai 1 Dinar emas hari ini adalah sekitar RM1000.

2011= 1 Ekor Kambing = RM650 = 1 Dinar Emas

2021= 1 Ekor Kambing = RM900 = 1 Dinar Emas


Kesimpulannya, nilai 1 dinar emas tetap boleh membeli 1 ekor kambing pada bila-bila masa sahaja. Walaupun berpuluh tahun akan datang. Inilah yang saya maksudkan dengan Emas Kalis Inflasi.

2. Sukar untuk dibelanjakan

Realitinya, kita lebih mudah untuk habiskan RM250 berbanding 1 gram emas. Setuju tak?

Semalam saya baru sahaja masukkan Rm250 ke dalam akaun Maybank simpanan saya. Hari ini, duit itu sudah tinggal separuh saya belanjakan. Saya beli buku, shopping di shopee dan sedikit barang keperluan rumah. Zaman sekarang semua transaksi berlaku dengan sangat pantas dan mudah. Sedar-sedar je dah habis.

Rukun pertama dalam menyimpan adalah ISTIQOMAH. Dan ianya memang sangat sukar jika duit itu sangat mudah untuk digunapakai.

Sebab itu setiap kali gaji, saya akan asingkan simpanan untuk ditukarkan kepada emas. Kerana Emas lebih sukar untuk dibelanja sewenang-wenangnya. Seeloknya simpan 10% daripada gaji. Contohnya 10% daripada RM5000 adalah RM500. Maka tukarkan kepada 2gram Emas.

Hari ini 22/3/2021 nilai emas adalah RM250.

3. Mudah untuk dicairkan apabila perlu.

Pada point kedua tadi, saya maklumkan yang emas ini bagus kerana tak mudah untuk dibelanjakan. Namun kita kena akui, pada masa-masa tertentu kita mungkin terpaksa menukarkan simpanan emas tadi kepada ringgit. Boleh jadi ada kecemasan dan perkara diluar jangkaan. Bagi sesetengah tempat penyimpanan, transaksi ini mungkin agak rumit dan melecehkan.

Berita baiknya di Public Gold, proses pencairan ini boleh dibuat menggunakan aplikasi di smartphone. Transaksinya sangat mudah. Cuma perlu menekan beberapa butang sahaja dan tunggu duit akan dimasukkan ke dalam akaun anda.

Di entry seterusnya saya akan kongsikan langkah-langkahnya kepada anda.

4. Laku satu dunia pada setiap masa

Saya pernah terbaca yang orang Kemboja berhijrah ke Malaysia satu ketika dulu membawa emas sebagai bekalan. Hari ini alhamdulillah mereka kaya raya asbab menggadaikan emas itu untuk dijadikan modal berniaga. Cuba kalian bayangkan kalau mereka membawa duit kertas negara mereka pada ketika itu. Nescaya tak ada nilainya kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.

Sama juga seperti duit Iraq yang pernah viral satu ketika dulu. Berapa ramai rakyat Malaysia yang membeli. Matawang Iraq ini jatuh merudum kerana masalah peperangan di dalam negara mereka.

Tapi perkara ini sedikitpun tidak menjejaskan Emas. Terbukti, ianya bukan sahaja kalis inflasi, malah kalis segala macam propaganda yang mengancam sesebuah negara.

5. Harga yang sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang

Kredit: https://goldprice.org/ms/gold-price-history.html

Ini adalah graf pergerakan harga emas sepanjang 20 tahun. Kita boleh lihat begitu banyak peningkatan harga emas (dalam USD). Ini bukti yang sangat jelas betapa emas ini adalah simpanan dan pelaburan jangka masa panjang.

Begitulah.

Hilmi Jailani
Penasihat Emas Anda
PG00474782

Hilmi Jailani

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Saya Hilmi Jailani penulis rasmi di Blog ini. Saya bina blog ini khas untuk merakamkan perjalanan saya dalam bidang Penyimpanan Emas. Buat kalian yang juga menggemari Emas, mungkin ada manfaat di sini untuk kalian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *